Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Monday, 5 August 2019

Dr. Hamirul Aini binti Hambali

Ya Allah. Pensyarah kesayangan 😭

Niat nak sambung jadi postgraduate student. Nanti nak jumpa Dr. Nak bagi dia bangga sebab dia suruh aku sambung sampai jadi Dr.

P/S : Dr. Saya tahu rahsia kenapa Dr. berjaya. Harini saya bongkarkan salah satu tips.
Dr. mengajar mengaji Alquran kat cleaner2 SOC tanpa bayaran. Respect!

Saya tanya Dr. Kenapa Dr. mengajar makcik2 tu? Dr. jawab, dunia hanya sementara. Untuk Akhirat nanti Syafiq, Ilmu yang kita curahkan akan jadi bekalan untuk kita.
😭😭

Sunday, 19 April 2015

Kami Sayang Kami Bantu



Sekiranya anda berminat untuk menderma
barangan terpakai seperti berikut:

1..Pakaian
2..Wang
3..Barang elektrik
4..Buku
5..Voucher buku
6..Alat permainan
7..Telekung & sejadah

Barang- barang tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat Orang Asli di Ulu legong,Baling,Kedah melalui Program Kesukarelawan yang akan dijalankan pada 24 April 2015 ini. Sumbangan ikhlas daripada anda, amat kami hargai

Wednesday, 25 February 2015

UUM Berselawat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid



24 Februari – Kira-kira 2,000 warga Universiti Utara Malaysia (UUM) hadir memeriahkan Majlis UUM Berselawat yang diadakan di Dewan Mu’adzam Shah, hari ini.

Program kerohanian ini merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Pengasasan UUM ke-31 yang disambut pada 16 Februari lalu.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW daripada kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Ar Riayadah, Pondok Hutan Palas dan kumpulan Shoutul Fateh yang ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar dan kakitangan UUM.

Selain itu, majlis ini juga melibatkan sesi ceramah daripada tokoh agama terkenal nusantara, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang menyampaikan ceramah mengenai kepentingan Ilmu.

Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr. Ismail Ishak berkata saban tahun UUM menyambut Maulidur Rasul dengan perarakan namun pada tahun ini sambutan diadakan dengan sedikit kelainan dengan mengadakan majlis selawat di dalam dewan dan menjemput tokoh agama terkenal bagi menyampaikan ceramah serta persembahan kumpulan qasidah.

Jelasnya, program berkenaan diadakan bertujuan memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan pengorbanannya dalam memperjuangkan Islam

“Objektif program ini adalah untuk menggalakkan umat Islam khususnya di UUM memperingati Nabi Muhammad SAW, seorang insan yang diutuskan Allah SWT untuk memberi rahmat dan telah membawa sinar dalam kehidupan manusia,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr.  Mohamed Mustafa Ishak, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan para pelajar UUM.

Majlis diakhiri dengan semua peserta bersama-sama berselawat memuji Rasululah SAW.

SUMBER
http://www.uum.edu.my/index.php/ms/other-news/1075-uum-muslim-campus-community-praises-prophet-muhammad-in-salawat-ceremony