Friday, 26 June 2015

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

sumber :10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

Thursday, 18 June 2015

Tips dapatkan PAID REVIEW di Instagram

Tips dapatkan PAID REVIEW di Instagram.


Bagi yang nk cuba dapatkan paid review, saya ada beberapa tips nk kongsikan untuk anda dapatkan result yang lebih baik.
Jika buat pada artis, lihat siapa golongan peminat mereka, contoh jika anda jual pakaian muslimah, dapatkan review dari arits-artis yang berpesonaliti seperti itu juga seperti heliza helmi, jika jual akesesori, lihat siapa artis yang bersesuaian untuk reviewkan produk ig anda.
Mereka seolah-olah bercerita tentang produk anda, jadi biar kena dengan mereka dan peminat ( follower ) mereka.
Ada juga bukan artis yang sediakan paid review, sama ada ig ig shop sendiri, atau individu yang mana terdapat ramai follower.

Cara nak tahu berbaloi atau tak

1 ) Lihat review-review yang dibuat oleh mereka, lihat bagaimana respon follower mereka, berapa ramai yang komen dan like post review mereka, jika ramai, tu ternyata bagus, follower mereka aktif. ( tapi hati-hati sebab ada yang beli like ), so kena cek juga siapa yang like post mereka.

2) Elakkan review pada ig ig yang semata-mata tawarkan review sahaja, saya lihat ada banyak ig, nama sahaja terang terang tulis review. Kenapa? Secara logiknya, kebanyakkan follower mereka juga adalah peniaga-peniaga dalam IG, jadi, berbaloi tak jika anda buat paid review tetapi yang akan follow anda nanti kebanyakkan peniaga juga, silap-silap pesaing anda pun ada.

Cara nak cari paid review?

1 - kalau artis, pergi ke IG IG mereka dan lihat sama ada mereka ada tawarkan atau tak, dan biasanya mereka ada berikan email untuk kita email.
2 - jika individu biasa, pergi ke seach 3tag, dan taip je paidreviewmalaysia, reviewmalaysia, nanti keluar banyak carian, dari situ kita boleh filterkan berdasarkan tips-tips diatas.

sumber : Ismail Arsad 


Sunday, 19 April 2015

Kami Sayang Kami Bantu



Sekiranya anda berminat untuk menderma
barangan terpakai seperti berikut:

1..Pakaian
2..Wang
3..Barang elektrik
4..Buku
5..Voucher buku
6..Alat permainan
7..Telekung & sejadah

Barang- barang tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat Orang Asli di Ulu legong,Baling,Kedah melalui Program Kesukarelawan yang akan dijalankan pada 24 April 2015 ini. Sumbangan ikhlas daripada anda, amat kami hargai

Wednesday, 25 February 2015

UUM Berselawat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid



24 Februari – Kira-kira 2,000 warga Universiti Utara Malaysia (UUM) hadir memeriahkan Majlis UUM Berselawat yang diadakan di Dewan Mu’adzam Shah, hari ini.

Program kerohanian ini merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Pengasasan UUM ke-31 yang disambut pada 16 Februari lalu.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW daripada kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Ar Riayadah, Pondok Hutan Palas dan kumpulan Shoutul Fateh yang ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar dan kakitangan UUM.

Selain itu, majlis ini juga melibatkan sesi ceramah daripada tokoh agama terkenal nusantara, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang menyampaikan ceramah mengenai kepentingan Ilmu.

Pengarah Pusat Islam UUM, Prof Madya Dr. Ismail Ishak berkata saban tahun UUM menyambut Maulidur Rasul dengan perarakan namun pada tahun ini sambutan diadakan dengan sedikit kelainan dengan mengadakan majlis selawat di dalam dewan dan menjemput tokoh agama terkenal bagi menyampaikan ceramah serta persembahan kumpulan qasidah.

Jelasnya, program berkenaan diadakan bertujuan memperingati hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan pengorbanannya dalam memperjuangkan Islam

“Objektif program ini adalah untuk menggalakkan umat Islam khususnya di UUM memperingati Nabi Muhammad SAW, seorang insan yang diutuskan Allah SWT untuk memberi rahmat dan telah membawa sinar dalam kehidupan manusia,” ujar beliau.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor, Prof. Dato’ Wira Dr.  Mohamed Mustafa Ishak, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan para pelajar UUM.

Majlis diakhiri dengan semua peserta bersama-sama berselawat memuji Rasululah SAW.

SUMBER
http://www.uum.edu.my/index.php/ms/other-news/1075-uum-muslim-campus-community-praises-prophet-muhammad-in-salawat-ceremony